suria

Sun Media Tutup 11 Akhbar di Kanada

MONTREAL: Sun Media mengumumkan penutupan lapan akhbar pekan kecil di seluruh Kanada dan tiga akhbar bebas di bandar, apabila permintaan terhadap berita dalam talian semakin mendapat permintaan.

"Pengurangan ini perlu untuk mengekalkan kedudukan yang kukuh bagi media berita kami di semua platform dan lebih meluas bagi menjamin kejayaan masa depan syarikat kami dalam industri yang sedang direvolusikan oleh kemunculan digital," kata ketua pegawai operasi syarikat, Julie Tremblay.

"Digital adalah satu trend yang kuat," katanya.

"Hari ini, anak-anak muda mendapat maklumat secara ekklusif daripada sumber digital seperti komputer, telefon pintar dan tablet." - AFP

Artikel Lain