suria

Pelakon Glee Mati Akibat Pengambilan Dadah, Alkohol Berlebihan

Cory Monteith
Cory Monteith
Cory Monteith

MONTREAL: Pelakon kelahiran Kanada, Cory Monteith yang terkenal dengan wataknya sebagai Finn Hudson dalam siri muzikal televisyen Glee disahkan mati akibat pengambilan heroin dan alkohol secara berlebihan.

Monteith, 31, yang secara sukarela menyertai satu pusat pemulihan kerana berdepan dengan penyalahgunaan dadah, April lalu ditemui mati di Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver pada Ahad lalu.

"Tiada bukti untuk mengaitkan kematian itu dengan jenayah lain.

"Punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan," kata Koroner British Columbia, Barbara McLintock dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial YouTube pada Selasa.

McLintock berkata, siasatan masih lagi diteruskan dan tiada butiran terperinci mengenainya sehingga ia dilengkapkan.

Artikel Lain