suria

Ketua Kartel Dadah Mexico Ditahan

MEXICO CITY: Polis marin Mexico berjaya menahan ketua kartel dadah, Miguel Angel Trevino atau dikenali sebagai 'Z-40' pada Isnin tanpa sebarang insiden berbalas tembakan.

Ia merupakan penangkapan terbesar kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, kata seorang jurucakap.

Miguel berjaya dipintas oleh sebuah helikopter yang mendarat di hadapan trak pikap dinaikinya bersama dua rakan berhampiran Nuevo Laredo, sebuah bandar di timur laut bersempadanan dengan Texas.

Pasukan tersebut merampas wang tunai bernilai $2 juta dari kenderaan terbabit di samping lapan senapang dan 500 kartrij.

Dua lagi yang ditahan dipercayai seorang pengawal peribadi dan seorang yang ditugaskan untuk menjaga bahagian kewangan.

"Tiada insiden tembakan berlaku," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mexico, Eduardo Sanchez.

Miguel kemudiannya dipindahkan ke Mexico City dan didakwa atas pertuduhan merancang jenayah, membunuh, mengedar dadah, mendera dan mengubah wang haram.

Artikel Lain