suria

Perompak Larikan 23 Haiwan Eksotik Dari Zoo Di Australia

SYDNEY: Sekumpulan perompak telah melarikan beberapa ekor haiwan eksotik dari sebuah zoo di Australia termasuk seekor anak buaya pada malam Ahad.

Insiden itu sekali gus mencetuskan kebimbangan penjaga zoo tersebut bahawa haiwan-haiwan tersebut mungkin dijual ke pasaran gelap.

Kira-kira 23 haiwan eksotik yang terdiri daripada ular, biawak dan cicak dilarikan dari sangkar di Australian Reptile Park, utara Sydney pada malam Ahad, kata Kurator Kanan Liz Vella.

"Mereka memecah pintu dan merosakkan sangkar untuk mengambil haiwan-haiwan tersebut. Mereka sudah tahu apa yang diingini," katanya.

Vella berkata polis masih lagi menyiasat motif rompakan tetapi kebiasaannya tindakan tersebut dilakukan oleh golongan remaja yang 'inginkan sekumpulan reptilia untuk rumah mereka dan mahu menunjukkan haiwan tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Artikel Lain