suria

Pelakon Glee Ditemui Mati

Cory Monteith
Cory Monteith
Cory Monteith

VANCOUVER: Pelakon Cory Monteith, 31, yang terkenal dengan wataknya sebagai Finn Hudson dalam siri muzikal televisyen Glee ditemui mati di Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug Lepard, berkata setakat ini belum ada petunjuk kematian itu berpunca disebabkan pelakuan jenayah.

Mayat Monteith ditemui kakitangan hotel berkenaan apabila beliau tidak muncul selepas tamat waktu untuk daftar keluar dari hotel itu.

Lepard berkata, Monteith dipercayai keluar dengan beberapa individu sebelum kejadian dan mereka kini sudah diambil keterangan.

Monteith dilaporkan secara sukarela menyertai satu pusat pemulihan kerana berdepan dengan penyalahgunaan dadah, April lalu.

Artikel Lain