suria

China Potong 78% Bajet Penganjuran Sukan Kebangsaan

BEIJING: China membuat pemotongan bajet untuk temasya sukan negara itu sebanyak 78 peratus ekoran pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan kerajaan berusaha untuk menjimatkan kos.

Agensi berita rasmi Xinhua pada Khamis melaporkan bahawa bajet bagi Sukan Kebangsaan di wilayah Lianing itu berjumlah AS130 juta (RM410.34 juta) berbanding jumlah asalnya AS$590 juta (RM1.862 bilion).

Xinhua berkata, bilangan lokasi acara turut dikurangkan daripada 129 kepada 117, dengan hanya 10 lokasi baru yang akan dibina.

Ia berkata, acara pembukaan pada 31 Ogos ini akan diadakan pada waktu siang buat pertama kali bagi menjimatkan cahaya lampu dan penggunaan bunga api.

Pertumbuhan ekonomi China dijangka perlahan kepada 7.5% atau kurang daripada itu pada tahun itu, menyusut hampir separuh berbanding pada 2007. - AP

Artikel Lain