suria

Tanah Runtuh Di China: Angka Kematian Meningkat Kepada 18 Orang

BEIJING: Angka kematian dalam insiden tanah runtuh di wilayah Sichuan, barat daya China meningkat kepada 18 susulan penemuan enam lagi lagi mayat setakat 2.10 petang Khamis.

Siasatan awal menunjukkan 107 orang dilapor hilang atau tidak dapat dihubungi, kata pihak berkuasa tempatan.

Agensi berita Xinhua melaporkan kira-kira 1.5 juta meter padu lumpur, batu dan sisa runtuhan menimbus kawasan sepanjang dua kilometer.

Antara 30 dan 40 mangsa daripada 11 keluarga dipercayai tertimbus dalam kejadian itu yang berpuca daripada hujan lebat pada pagi Rabu, di bandar Zhongxing, kota raya Dujiangyan.

Artikel Lain