suria

Pilihan Raya Parlimen Baharu Mesir Awal Tahun Depan

Adly Mansour
Adly Mansour
Adly Mansour

KAHERAH: Presiden sementera Mesir, Adly Mansour pada Isnin berjanji akan mengadakan Pilihan Raya Parlimen yang baharu di negara itu menjelang awal tahun depan.

Mansour mengeluarkan satu dekri menetapkan jadual untuk mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan Perlembagaan dan kemudian barulah pilihan raya umum itu akan diadakan.

Menurut dekrti tersebut, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan tersebut.

Mesir hanya mempunya masa selama lima bulan untuk meminda perlembagaan Islam yang digantung berikutan penggulingan bekas Presiden Mohamed Morsi, minggu lalu.

Pilihan raya Parlimen pula akan diadakan tiga bulan selepas Perlembagaan yang baharu itu diluluskan.

Artikel Lain