Saudara Tiri Saddam Hussein Meninggal Dunia Akibat Kanser - Dunia | mStar

Saudara Tiri Saddam Hussein Meninggal Dunia Akibat Kanser

BAGHDAD: Seorang pegawai kanan Iraq berkata, saudara tiri Saddam Hussein dan bekas pengarah khidmat keselamatan awam meninggal dunia kerana penyakit kanser.

Timbalan Menteri Keadilan, Busho Ibrahim pada Isnin berkata, Sabawi Ibrahim al-Hassan meninggal dunia di hospital Baghdad dan jenazahnya akan diserahkan kepada keluarganya.

Al-Hassan, yang menerima beberapa hukuman mati berada di penjara sehingga pihak berkuasa menghantarnya ke hospital pada awal Isnin apabila keadaan kesihatannya bertambah buruk.

Beliau tinggal dalam buangan untuk satu tempoh tetapi diusir ke Iraq oleh kerajaan Syria pada 2005.

Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati pada Disember 2006 kerana peranannya pada 1982 yang mengakibatkan seramai 148 puak syiah terbunuh disusuli satu cubaan bunuh yang gagal pada awal 1980an. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor