suria

Hotel Dua Tingkat Di India Runtuh, 10 Terbunuh

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi runtuhan hotel City Light di Hyderabad, India. Foto EPA

HYDERABAD, India: Seorang pegawai berkata, hotel dua tingkat runtuh di selatan India, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 12 lagi cedera.

Pegawai polis Anurag Sharma berkata, dibimbangi lebih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan hotel City Light pada kejadian yang berlaku pagi Isnin (waktu India).

Seramai 20 orang lagi telah diselamatkan dari bangunan itu yang terletak di pinggir bandar Hyderabad.

Sharma berkata, operasi menyelamat sedang berjalan di tempat kejadian. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain