suria

10 Terkorban Pesawat Apung Terhempas Di Alaska

ANCHORAGE (Alaska): Sepuluh orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah pesawat apung terhempas dan terbakar di lapangan terbang semenanjung Alaska Kenai, bandar Soldotna, menurut pegawai.

Tiada yang terselamat ditemui, menurut Jabatan Polis Soldotna.

Pesawat, de Havilland DHC3 Otter, dikendalikan oleh sebuah syarikat teksi-udara tempatan, Rediske Air, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Pesawat itu terhempas di lapangan terbang Soldotna pada kira-kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan.

Sehingga kini masih tidak jelas sama ada pesawat itu berlepas atau melakukan pendaratan pada masa itu.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara akan menyiasat, kata pegawai.

Nama-nama mangsa tidak dinyatakan pada Ahad.

Polis berkata, mereka masih cuba untuk mengenal pasti mangsa dan mencari ahli keluarga.

Rediske Air menyediakan sewaan pesawat untuk bersiar-siar dan perkhidmatan teksi udara, mengikut profil 'Better Business Bureau'.

Kawasan pergunungan Semenanjung Kenai, selatan Anchorage, merupakan destinasi popular bagi pelancong, nelayan dan pejalan kaki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain