suria

Ikhwan Muslimin Ikrar Kembalikan Kuasa Mursi

KAHERAH: Pergerakan Ikhwan Muslimin pada Sabtu berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.

"Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.

Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. - AFP

Artikel Lain