suria

Kumpulan Militan Lancar Serangan Di Sinai

KAHERAH: Kumpulan bersenjata militan melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan Semenanjung Sinai di Mesir yang sedang bergolak awal hari Jumaat, dua hari selepas pasukan tentera menggulingkan Presiden Islam yang dipilih, Mohamed Mursi, sumber keselamatan dan televisyen negeri melaporkan.

Penyerang melepaskan bom tangan roket di pusat pemeriksaan tentera di lapangan terbang El Arish, berdekatan dengan sempadan Semenanjung Gaza dan Israel, dalam renteten insiden keselamatan terbaru di rantau tanpa undang-undang ini, kata sumber.

Dalam perkembangan berasingan, sebuah balai polis di Rafah di sempadan dengan Gaza dibedil roket, menyebabkan bilangan kecederaan yang tidak diketahui di kalangan anggota tentera, menurut sumber.

Pos keselamatan polis itru terletak berhampiran dengan ibu pejabat perisikan tentera tempatan.

Artikel Lain