suria

Kesatuan Afrika Gantung Keanggotaan Mesir

ADDIS ABABA: Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Mesir selepas tentera negara itu melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Jurucakap Majlis Keselamatan dan Keamanan Kesatuan Afrika berkata, penggantungan itu dibuat sejajar dengan peraturan ketat kesatuan itu yang menentang penggulingan kerajaan tanpa mengikut Perlembagaan.

"Kami memutuskan untuk menggantung penyertaan Mesir daripada menyertai sebarang aktiviti kesatuan ini," kata jurucakap itu.

Artikel Lain