suria

Gunung Berapi Di Mexico Jejas Syarikat Penerbangan AS

BANDARAYA MEXICO: Empat syarikat penerbangan Amerika Syarikat membatalkan puluhan penerbangan ke dan dari lapangan terbang antarabangsa bandaraya Mexico pada Khamis selepas gunung berapi Popocatepetl mengeluarkan abu dan wap ke angkasa, kata pegawai.

American Airlines, US Airways, Delta Airlines dan Alaska Airlines "memutuskan untuk tidak menjalankan operasi ke dan dari bandaraya Mexico," kata jurucakap lapangan terbang, Jorge Andres Gomez kepada televisyen Milenio.

Syarikat penerbangan AS yang kelima, Spirit Airlines, membatalkan penerbangan ke Fort Lauderdale, Florida, dan Dallas, Texas, dari lapangan terbang Toluca, 68km dari barat bandar itu.

Seorang lagi jurucakap lapangan terbang Mexico City memberitahu AFP bahawa syarikat penerbangan itu telah membatalkan sebanyak 47 penerbangan antara Mexico dan Amerika Syarikat.

Syarikat penerbangan telah mengambil langkah berjaga-jaga walaupun lapangan terbang memutuskan untuk mengekalkan landasan terbuka.

"Terdapat abu yang nipis, yang tidak memudaratkan atau menjejaskan operasi peralatan.

Keputusan itu tidak boleh dipersoalkan, ia termasuk dalam hak mereka," kata jurucakap itu.

Artikel Lain