suria

Pesawat Presiden Bolivia Diarah Mendarat Di Austria

LA PAZ: Penerbangan Presiden Bolivia Evo Morales diarahkan untuk mengubah penerbangan dari Rusia dan mendarat di Austria kerana pembocor maklumat perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden dikhuatiri berada dalam pesawat tersebut.

Perancis dan Portugal tiba-tiba membatalkan permit penerbangan untuk pesawat Morales, memaksa pesawat itu mendarat di Vienna.

Tiada bukti Snowden, individu paling dikehendaki Washington kerana mendedahkan rahsia negara meninggalkan kawasan transit di lapangan terbang Sheremetyevo, Moscow.

Seorang pegawai Kementerian Luar Austria berkata, khabar angin Snowden berada di dalam pesawat tersebut adalah tidak benar.

"Kami tidak tahu siapa yang menyebarkan berita palsu itu. Kami tidak berpuas hati kerana perkara itu menyebabkan nyawa Presiden dalam keadaan bahaya," kata Menteri Luar Bolivia, David Choquehuanca.

Artikel Lain