suria

Mansour Dilantik Presiden Sementara Mesir

KAHERAH: Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir, Adly al-Mansour dilantik sebagai Presiden sementara negara itu.

Mansour dijangka mengangkat sumpah pada Khamis.

Sementara itu, Raja Abdullah pada Rabu menghantar mesej tahniah kepada Mansour, dan menyifatkan pelantikan itu adalah wajar ketika negara terbabit berada dalam keadaan kritikal.

"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana mengambil alih kepimpinan di Mesir pada saat kritikal dalam sejarah," kata Abdullah dalam mesej pertama kepada Adly Mansour.

Artikel Lain