suria

Pelakon 'Enter The Dragon' Jim Kelly Meninggal Dunia

Jim Kelly. Foto AP
Jim Kelly. Foto AP
Jim Kelly. Foto AP

SAN DIEGO: Pelakon Jim Kelly, yang melakukan watak penggiat seni mempertahankan diri dalam filem "Enter the Dragon" bersama Bruce Lee, meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Bekas isteri Kelly, Marilyn Dishman berkata, Kelly meninggal dunia pada Sabtu (waktu Amerika Syarikat) kerana penyakit kanser di kediamannya di Carlifornia.

Kelly begitu dikenali dengan imejnya berambut afro sering terlibat dalam adegan pergaduhan dalam filem seni mempertahankan diri pada 1973.

Antara filem-filem lakonan beliau ialah "Three the Hard Way", "Black Belt Jones" dan "Black Samurai." - AP

Artikel Lain