suria

Mursi Bertemu Ketua Tentera Buat Kali Kedua

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertemu ketua angkatan tentera pada Selasa untuk hari kedua, bersama-sama dengan Perdana Menteri, menurut satu kenyataan pejabat presiden.

Bagaimanapun tiada sebarang butiran rundingan dinyatakan.

Pertemuan ini berlaku sehari selepas ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, memberikan Mursi dan penentangnya sehingga Rabu untuk menyelesaikan kebuntuan politik atau menghadapi satu penyelesaian yang dikenakan oleh angkatan tentera.

Perdana Menteri Hisham Kandil turut hadir mesyuarat dengan Mursi dan Sisi pada Isnin dan Selasa.

Artikel Lain