suria

Protes Anti-Morsi Di Mesir Masuk Hari kedua

KAHERAH: Penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Mesir berundur dari jawatannya pada Isnin telah bersiap sedia untuk demonstrasi hari kedua, sehari selepas ratusan ribu penduduk turun di jalan-jalan di Kaherah dan bandar-bandar di seluruh negeri bagi menunjukkan rasa marah dan kecewa dengan pemimpin mereka.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam protes pada Ahad, lima daripada mereka adalah di selatan wilayah bandar Kaherah.

Aktivis berkata lima lagi terbunuh di luar ibu pejabat kebangsaan Presiden Mohammed Morsi di Kaherah, di mana penunjuk perasaan melontar batu dan bahan api ke arahnya.

Satu kebakaran berlaku di bangunan tersebut.

Sesetengah penunjuk perasaan bermalam di berpuluh-puluh khemah yang dipasang di Tahrir Square di ibu negara dan istana presiden Ittihadiya.

Mereka telah berikrar untuk kekal di sana sehingga Morsi meletakkan jawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain