suria

Pemerintah Baru Qatar Dilapor Pilih Ketua Dalam Negeri Sebagai PM

DOHA, Qatar: Stesen televisyen berpangkalan di Qatar, Al-Jazeera melaporkan bahawa pemerintah baru negara Gulf itu akan memilih Ketua Hal Ehwal Dalam Negerinya sebagai Perdana Menteri.

Qatar bagaimanapun tidak mempunyai kenyataan rasmi pada Rabu, tetapi Al-Jazeera mendapat maklumat itu berdasarkan kerajaan Qatar dan sering kali berlandaskan dasar dalam negara.

Langkah seperti itu bakal mendadakan keputusan besar yang pertama oleh pemerintah baru Qatar, Sheik Tamim Hamad Al Thani yang berusia 33 tahun, yang menyambung legasi pemerintahan ayahandanya yang mengundurkan diri.

Pilihan menjadikan Sheikh Abdullah Nasser Al Thani untuk perdana menteri akan dilihat sebagai tanda kepada penekanan terhadap isu-isu dalam negara seperti projek pembangunan, selepas menumpukan pelaburan dan dasar yang agresif.

Sejak bertahun-tahun, muka antarabangsa Qatar mempunyai pengaruh sebagai perdana menteri iaitu Sheik Hamad Jassim Al Thani yang juga berkhidmat sebagai menteri luar. - AP

Artikel Lain