suria

Robot Perbualan Jepun Bersedia Ke Angkasa Lepas

TOKYO: Eksperimen perbualan angkasa pertama di dunia antara robot dan manusia kini bersedia untuk dilancarkan.

Sekumpulan pemajunya dari projek Kirobo, yang dinamakan sebagai “kibo” atau bermaksud “harapan” dalam bahasa Jepun, dan “robot”, berada di Tokyo pada Rabu untuk melakukan demonstrasi terhadap robot yang berketinggian 34 sentimeter (sm) yang mempunyai keupayaan untuk bercakap.

Mereka berharap robot-robot seperti Kirobo dapat mengadakan perbualan yang kemudiannya akan digunakan untuk membantu angkasawan bertugas di angkasa.

Ketika seorang pemaju bertanyakan Kirobo mengenai apakah mimpinya, robot itu berkata, ia mahu mencipta masa depan di mana manusia dan robot dapat tinggal bersama dan hidup bersama.

Kirobo dijadualkan untuk dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima pada 4 Ogos.

Projek berkenaan diusahakan oleh beberapa organisasi termasuk Dentsu Inc, Universiti Tokyo dan Toyota. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain