suria

Qatar Bakal Umum PM Baru

DOHA: Emir Qatar, dijangka mengumumkan pelantikan anaknya Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, sebagai perdana menteri dan pemerintah baru.

Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, menaiki takhta pada Jun 1995 selepas menggulingkan ayahandanya sendiri Sheikh Khalifa.

Baginda dijangka mengadakan pertemuan dengan kerabat diraja yang lain lewat Isnin untuk mengumumkan mengenai pelantikan anaknya demikian menurut rangkaian televisyen Al-Jazeera.

Dengan menyerahkan takhta secara sukarela, Emir Qatar yang berusia 61 tahun itu akan mencatat sejarah sebagai pemerintah Arab yang pertama sejak beberapa dekad ini yang berbuat demikian.

Sheikh Tamim adalah anak kedua Sheikh Hamad dari isteri keduanya.

Jawatan perdana menteri kini disandang oleh Sheikh Hamad bin Jassem bin Jabr al-Thani yang memegang jawatan itu sejak 2007.

Baginda juga adalah menteri luar Qatar.

Para diplomat menyaksikan bagaiman sejak tiga tahun terakhir ini, Emir Qatar itu telah menyerahkan tanggungjawab keselamatan negara dan juga ketenteraan kepada anaknya yang merupakan seorang lulusan Akademi Tentera Sandhurst sepertimana juga dirinya.

Qatar merupakan pengeluar terbesar gas asli dunia dan negara yang ketiga terbesar di dunia dengan rezab gas asli.

Negara itu juga merupakan pelabur utama dalam beberapa industri penting termasuk sukan.

Ia memiliki kelab juara Perancis, Paris Saint-Germain, rangkaian hotel dan resort di Itali, pemegang saham utama dalam pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dan juga gergasi minyak Total.

Negara itu juga adalah pemilik rangkaian televisyen Al-Jazeera - yang kini telah berkembang setaraf dengan CNN dan BBC ke serata pelusok dunia termasuk Amerika.

Artikel Lain