suria

Kunjungan PM India Ke Kashmir Dicemari Tunjuk Perasaan

SRINAGAR, India: Kunjungan Perdana Menteri India, Manmohan Singh ke Kashmir pada Selasa dicemari dengan tunjuk perasaan, sehari selepas kumpulan militan membunuh lapan askar di wilayah tersebut.

Singh berkata India sentiasa bersatu dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata demikian selepas tiba di selatan bandar Kishtwar sebagai sebahagian daripada lawatan dua hari beliau.

Ia merupakan lawatan pertama kali ke wilayah tersebut dalam tempoh tiga tahun.

"Kami menentang keganasan sekeras-kerasnya," katanya.

Dalam ucapannya, Singh menegaskan keganasan menunjukkan penurunan ketara dalam tempoh dua dekad ini.

Artikel Lain