ANA Airlines Tamatkan Kerjasama Dengan AirAsia Japan - Dunia | mStar

ANA Airlines Tamatkan Kerjasama Dengan AirAsia Japan

TOKYO: Syarikat penerbangan terbesar Jepun -ANA Holdings mengumumkan yang mereka akan membeli kepentingan AirAsia Bhd dalam syarikat kerjasama antara kedua-dua syarikat penerbangan itu bagi membolehkannya diurus sebagai sebuah anak syarikat.

Kerjasama bagi menguruskan penerbangan tambang murah di antara Penerbangan ANA dengan AirAsia baru sahaja berusia dua tahun dan berpusat di Narita.

Bagaimanapun ANA melihat kerjasama itu gagal mencuri perhatian para pelanggan Jepun sejak ia dibentuk pada Ogos 2011.

ANA meletakkan kegagalan itu di bahu program pemasaran yang tidak efektif dan juga penggunaan tempahan di dalam talian yang tidak mesra pelanggan.

AirAsia pula pada awal bulan ini meletakkan kegagalan kerjasama itu atas faktor tiadanya persefahaman dalam soal bagaimana hendak menguruskan operasi bisnes mereka.

AirAsia Japan mencatatkan kerugian sejak ia memulakan operasi ke lima destinasi lokal dan dua destinasi Korea.

Menurut Naib Presiden Kanan ANA Shinzo Shimizu, kerjasama itu telah meragut keuntungan syarikat berkenaan sehingga kepada RM115.23 juta.

ANA tidak pula mengumumkan berapakah yang akan mereka keluarkan untuk membeli kepentingan AirAsia dalam syarikat kerjasama tersebut. Shimizu bagaimanapun berkata, ANA akan membuat keputusan pada Julai untuk memberi nama baru kepada syarikat yang akan dibeli dari AirAsia itu nanti.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain