suria

Pesawat Lakukan Lagak Ngeri Terhempas, Dua Terbunuh

Pesawat meletup selepas terhempas ketika melakukan pertunjukan lagak ngeri. Foto AP
Pesawat meletup selepas terhempas ketika melakukan pertunjukan lagak ngeri. Foto AP
Pesawat meletup selepas terhempas ketika melakukan pertunjukan lagak ngeri. Foto AP

DAYTON, Ohio: Pihak berkuasa berkata, sebuah pesawat yang membawa pelagak ngeri terhempas di pertunjukan udara Ohio, mengorbankan seorang juruterbang dan pelagak ngeri itu.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Linda Hughes dan Peronda Lebuh Raya Negeri Ohio, Leftenan Anne Ralston mengesahkan kematian itu kepada The Associated Press pada Sabtu (waktu tempatan).

Nahas itu berlaku pada petang Sabtu di Pertunjukan Udara Vectren dekat Dayton.

Tiada penonton pertunjukan yang cedera dilaporkan.

Pertunjukan itu kemudiannya dibatalkan pada hari tersebut. – AP

Artikel Lain