suria

Serena Mohon Maaf Komen Mengenai Kes Rogol

NEW YORK: Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams yang juga juara Grand Slam 16 kali yang kini bersiap untuk mempertahankan kejuaraan Wimbledon, memohon maaf berikutan komennya dalam majalah Rolling Stone mengenai satu kes rogol.

Sarena memberikan komen mengenai kes rogol yang berlaku di Steubenville, Ohio, yang dimuatkan dalam laman internet majalah itu pada Rabu.

Kes itu membabitkan dua pemain bola sepak Amerika didapati bersalah Mac lalu kerana merogol seorang remaja berusia 16 tahun yang dikatakan sedang mabuk, namun cara serangan terhadap mangsa menimbulkan isu di seluruh Amerika.

“Saya tidak menyalahkan remaja perempuan itu, tapi jika anda berusia 16 tahun dan anda mabuk, ibu bapa anda sepatutnya mendidik anda - jangan mengambil minuman daripada orang lain," kata Serena sebagaimana yang dilaporkan dalam majalah berkenaan.

“Dia 16 tahun dan di mana dia mabuk dan pastinya dia tidak sedar. Ia mungkin lebih buruk. Dia bernasib baik. Saya tidak tahu mungkin dia masih mempunyai dara, tapi dia tidak sepatutnya meletakkan dirinya dalam masalah kecuali mereka (perogol) menganiayanya sesuatu dan itu keadaannya berbeza."

Semalam, Serena menjelaskan kenyataan yang diberikannya adalah 'apa yang sepatutnya diperkatakannya'.

Namun beliau meminta maaf atas komen yang disiarkan oleh majalah Rolling Stone itu. “Apa yang berlaku di Steubenville amat mengejutkan saya. Ia amat sedih," katanya.

“Mereka yang menjadi mangsa rogol dan dia hanya 16 tahun, ia satu keadaan yang amat menakutkan, kepada keluarga mangsa rogol dan keluarga pihak yang tertuduh.

"Saya kini berusaha menemui keluarga remaja terbabit dan ingin memberitahu mereka bahawa saya amat kesal dengan apa yang tersiar dalam majalah Rolling Stone itu," katanya. - AFP

Artikel Lain