suria

Indonesia Cipta Hujan Tiruan, Tangani Kebakaran Hutan

JAKARTA: Indonesia pada Jumaat melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan dalam usaha membendung kebakaran hutan berikutan asap tebal kini menyelubungi negara-negara jiran sehingga menyebabkan jerebu teruk.

Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan pegawai bencana alam untuk `segera menggerakkan sumber-sumber negara’ bagi memadam kebakaran hutan di Sumatera.

Beliau membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar pada malam Khamis.

Agensi bencana Indonesia berkata, dua helikopter digunakan untuk melakukan pembenihan awan yang mula berlepas dari Jakarta dan Kepulauan Borneo ke wilayah Riau di mana ribuan ekar hutan tebal terbakar.

"Semoga kami berjaya melakukan pembenihan awan hari ini (Jumaat)," kata jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Artikel Lain