suria

Militan Serang Konvoi Tentera, 6 Askar Terkorban di Peshwar

PESHAWAR (Pakistan): Kumpulan militan menyerbu satu konvoi tentera di barat laut Pakistan lewat malam tadi, membunuh enam askar dan mencederakan dua yang lain, kata pegawai tentera.

Ketika serangan itu, konvoi berkenaan sedang meronda di kawasan Matani, kira-kira 25 kilometer di selatan Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Wilayah itu dikawal oleh pemberontak Taliban sejak tujuh tahun lalu.

"Militan menggunakan roket dan senjata kecil, dan melepaskan tembakan bertalu-talu kira-kira 15 minit," kata seorang pegawai tentera. - AFP

Artikel Lain