suria

Ribuan Berhimpun Di Indonesia Bantah Kenaikan Harga Bahan Api

Ribuan pekerja dan pelajar di Indonesia melaungkan slogan dalam protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta, Indonesia. Ribuan penduduk mengadakan protes bantahan terhadap kerajaan Indonesia yang bercadang menaikkan harga bahan api negara itu. -foto EPA/MAST IRHAM

JAKARTA: Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Indonesia pada Isnin membantah rancangan kerajaan menaikkan harga bahan api manakala pihak polis di sebuah bandar menembak gas pemedih mata untuk menghentikan beratus-ratus orang yang menyerang Parlimen tempatan.

Demonstrasi diadakan di Jakarta dan bandar-bandar lain apabila penggubal undang-undang berkumpul membuat keputusan mengenai pindaan belanjawan yang akan membuka jalan bagi kerajaan mengumumkan kenaikan harga buat kali pertama sejak 2008.

Harga minyak telah lama menjadi isu di Indonesia, dengan pakar ekonomi berhujah bahawa subsidi kerajaan yang besar merosakkan ekonomi utama di Asia Tenggara.

Di Jambi, sebuah bandar di Pulau Sumatera, beratus-ratus penunjuk perasaan cuba meruntuhkan pintu pagar hadapan di badan perundangan tempatan, kata jurucakap polis wilayah Almansyah kepada AFP.

"Keadaan menjadi agak huru-hara dan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka," kata jurucakap itu.

"Tiada siapa berjaya masuk dan keadaan ini di bawah kawalan," katanya.

Seorang wartawan lelaki telah cedera terkena sarung gas pemedih mata dan telah menerima rawatan di hospital, kata jurucakap itu.

Di Jakarta, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar Parlimen negara dalam hujan rintik, membakar tayar dan mengibarkan sepanduk yang berbunyi "Tolak kenaikan harga bahan api" dan "Gantung SBY" (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono).

Kira-kira 19,000 anggota polis dan tentera telah dikerahkan di Jakarta, kata polis.

Di bandar Makassar, di pulau Sulawesi, kira-kira 500 pelajar universiti dan guru-guru membuat bantahan dengan membakar tayar dan melaungkan "revolusi".

Walaupun hanya peratusan kecil rakyat Indonesia adalah pemilik kereta persendirian, rancangan untuk menaikkan harga petrol sebanyak 44 peratus dijangka akan meningkatkan kos barangan harian kerana kerana kos pengangkutan akan menjadi lebih mahal.

Pindaan bajet negeri akan menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah miskin bagi membuka jalan bagi Yudhoyono mengumumkan peningkatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain