suria

Pemain Bola Tentera Laut AS Hadapi Tuduhan Rogol

WASHINGTON: Beberapa pemain bola di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan tuduhan jenayah mempunyai kaitan dengan dakwaan rogol terhadap seorang pegawai kadet kanan wanita, kata pegawai.

Satu siasatan dijalankan oleh Khidmat Siasatan Jenayah Tentera Laut “telah lengkap dan diteliti” dan pegawai kanan yang terlibat dalam siasatan itu “telah mengambil keputusan untuk menyerahkan kes tersebut” kepada pendengaran awal, yang dikenali dalam mahkamah tentera sebagai prosiding Artikel 32, kata jurucakap, Komander John Schofield dalam satu kenyataan pada lewat Isnin.

Pihak berkuasa dijangka akan mendedahkan butiran berkenaan berhubung dakwaan tidak lama lagi.

Kes tersebut merupakan yang terbaru berlaku di akademi tentera itu yang telah memperlihatkan masalah yang besar dalam pasukan bersenjata apabila dikaitkan dengan serangan seksual, di mana peguam bela menyatakan bahawa mangsa-mangsa begitu takut untuk tampil ke hadapan.

Pengerusi Ketua Bersama Pegawai AS, Jeneral John Dempsey menegaskan bahawa peningkatan kes serangan seksual ini sebagai satu krisis yang perlu ditangani, manakala ahli parlimen akan mempertimbangkan menggubal undang-undang untuk membantu mangsa dan menuntut hukuman yang lebih berat untuk mereka yang disabitkan kesalahan kerana merogol dan jenayah berkaitan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain