suria

Laporan Jantina Bakal Bayi Shah Rukh Khan Disiasat

Shah Rukh Khan (kiri) dan isteri, Gauri.
Shah Rukh Khan (kiri) dan isteri, Gauri.
Shah Rukh Khan (kiri) dan isteri, Gauri.

NEW DELHI: Pegawai kesihatan di Mumbai sedang menyiasat laporan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya yang mengetahui jantina bayi yang bakal mereka miliki menerusi ibu tumpang.

Ujian penentuan jantina dilarang di India bagi menghentikan amalan pengguguran kandungan bayi perempuan kerana mahukan anak lelaki.

Press Trust of India melaporkan Khan tidak berada di rumah ketika pihak berkuasa cuba untuk menyoal siasat beliau mengenai laporan bahawa wanita itu telah melakukan ujian berkenaan.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dikenali telah memfailkan satu aduan yang mendakwa Khan dan isterinya mengetahui bahawa pasangan itu akan menerima anak lelaki.

Khan bagaimanapun enggan untuk mengulas.

Pada masa ini, beliau dan isteri, Gauri mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain