suria

Dua Pertiga Chile Bakal Hadapi Kesan Penggurunan

SANTIAGO: Dua pertiga daripada kawasan Chile akan berhadapan dengan penggurunan di mana Gurun Atacama yang kering akan membesar melebihi satu meter sehari, kata Presidennya, Sebastian Pinera sebagai amaran pada Isnin.

Perubahan topografi dan kesannya kepada tanah itu merupakan “salah satu daripada ancaman untuk mengekalkan pembangunan, pengekalan pembangunan, dan kepada kualiti kehidupan jutaan orang di seluruh dunia,” kata Pinera dalam ucapannya pada Hari untuk Tangani Penggurunan dan Kemarau Sedunia.

“Dianggarkan bahawa dua pertiga daripada kawasan kita, iaitu kira-kira 48 juta hektar akan menerima kesan dalam beberapa kaedah penggurunan,” tambahnya.

“Ini bermakna lebih 1.5 juta rakyat Chile yang tinggal di sini akan menderita, kesan daripada penggurunan ini,” katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain