suria

Badan Pencegah Rasuah Tolak Berlaku Rasuah Berhubung Lapangan Terbang Male

NEW DELHI: GMR Infrastructure Ltd, yang terpaksa melepaskan sebuah projek lapangan terbang antarabangsa bernilai US$511 juta di Male tahun lepas ekoran dakwaan penyelewengan di peringkat bidaan, difahamkan telah mendapat penangguhan tindakan daripada badan pencegah rasuah Maldives, yang menolak berlakunya rasuah dalam proses itu.

GMR telah membentuk usaha sama 77:23 dengan Malaysia Airports Holdings Bhd bagi projek itu, yang melibatkan kerja naik taraf, menyenggara dan mengendalikan lapangan terbang sedia ada, serta membina terminal baharu menjelang 2014.

"Kita dapati daripada laporan media di Republik Maldives bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah (ACC) Maldives telah mengemukakan laporannya mengenai pajakan Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir," demikian menurut seorang jurucakap GMR Group seperti yang dilaporkan oleh Business Standard.

Laporan oleh ACC itu mengejutkan GMR yang dilanda hutang dan berada dalam perbalahan timbang tara dengan kerajaan Maldives sekarang dan menuntut pampasan bagi pemecatannya.

Sebelum ini, Pengerusi GMR Group, G.M Rao, berkata syarikat itu mungkin menuntut hingga US$700 juta sebagai pampasan, kata laporan itu.

Kerajaan Maldives, yang diterajui oleh Presiden Mohamed Waheed,sebelum ini berkata GMR telah dikelirukan oleh pentadbiran Mohamed Nasheed sebelum ini untuk menandatangani perjanjian yang tidak disokong secara sah.

Selain itu perbuatan rasuah yang didakwa dalam proses pembidaan yang diawasi oleh International Finance Corp, ahli Kumpulan Bank Dunia itu, kerajaan yang ada sekarang pernah berkata, caj pembangunan lapangan terbang tidak boleh dikenakan tanpa kelulusan Parlimen.

Projek itu telah diberikan kepada GMR pada 2010.

Sebagai sebahagian daripada prosiding timbang tara di sebuah mahkamah di Singapura, kerajaan Maldives baru-baru ini mengemukakan pandangannya mengenai kes ini, kata laporan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain