suria

PM Republik Czezh Umum Letak Jawatan

Petr Necas
Petr Necas
Petr Necas

PRAGUE: Perdana Menteri Republik Czech, Petr Necas mengumumkan akan meletak jawatan pada Selasa berikutan skandal rasuah besar-besaran membabitkan pembantu atasan beliau yang dipercayai kekasihnya.

"Saya akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri esok (Selasa). Saya sedar tanggungjawab politik saya.

"Apabila saya meletakkan jawatan, seluruh kerajaan juga akan berundur sejajar dengan perlembagaan," kata Necas kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di ibu negara.

Necas berkata, pengunduran beliau mencipta ruang kepada ahli parti untuk mencari calon di kalangan pemimpin kanan Parti Demokrat Sivik (ODS) sebagai perdana menteri baharu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain