suria

Tentera Australia Terlibat Dalam Skandal Seks

SYDNEY: Tentera Australia terlibat dalam satu skandal seks baru pada Khamis, membabitkan seramai 17 anggota, termasuk para pegawai.

Kesemua mereka disiasat selepas beratus-ratus e-mel dan imej “eksplisit dan melampau” yang menjatuhkan maruah wanita.

Ketua Tentera, Leftenan Jeneral David Morrison berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan itu, diikut laporan kerajaan pada tahun lepas yang membutirkan mengenai lebih 1,000 dakwaan penderaan seksual atau lain di kalangan angkatan bersenjata itu dari 1950-an sehingga kini.

Laporan itu tersebar dengan dikenali sebagai skandal Skype pada 2011, apabila rakaman seorang rekrut lelaki yang baru mengadakan hubungan seks bersama rakan sekelas perempuannya yang ditonton secara ‘stream online’ kepada kadet-kadet di bilik yang lain tanpa pengetahuan gadis itu.

“Saya boleh katakan ia lebih teruk daripada perkara Skype itu,” kata Morrison pada sidang media. - AFP

Artikel Lain