suria

Puak Maoist Serang Kereta Api Di Bihar 3 Terkorban

PATNA (India): Gerila Maoist melancarkan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang yang merentasi Negeri Bihar pada Khamis mengorbankan sekurang-kurangnya seorang anggota polis dan dua penumpang.

Pada mulanya terdapat tidak kurang dari 100 gerila cuba menahan dan memaksa kereta api itu supaya berhenti tetapi kemudian melepaskan tembakan setelah gagal.

Kereta api itu sedang dalam perjalanan dari Dhanbad ke bandar ini.

Pengerusi Perkhidmatan Kereta Api Bihar, Vinay Mittal dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata, serangan itu berlangsung selama sejam setengah.

Selepas serangan hendap itu, kereta api berkenaan meneruskan perjalanan sehingga ke stesen berikutnya untuk memperolehi bantuan kecemasan ke atas penumpang yang tercedera.

Bulan lalu, gerila komunis India berkenaan telah membunuh 24 orang awam termasuk pemimpin tempatan dari Parti Kongres di bandar Chhattisgarh.

Gerila Maoist merupakan satu ancaman besar kepada kerajaan India khususnya di negeri-negeri timur India.

Mereka melancarkan perang gerila ke atas kerajaan persekutuan dan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah.

Ini memaksa pihak berkuasa menenmpatkan pasukan keselamatan di atas gerabak di negeri-negeri yang diancam oleh puak Maoist.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain