suria

PM Turki Akan Bertemu Penunjuk Perasaan

Recep Tayyip Erdogan. Foto EPA
Recep Tayyip Erdogan. Foto EPA
Recep Tayyip Erdogan. Foto EPA

ANKARA, Turki: Perdana Menteri Turki dijadualkan akan bertemu dengan sekumpulan aktivis yang membuat bantahan berhubung pembangunan semula taman Istanbul yang mencetuskan tunjuk perasaan anti kerajaan terbesar di negara itu.

Perbincangan dengan Recep Tayyip Erdogan itu selepas pertempuran antara polis dan pihak penunjuk perasaan di Dataran Taksim di Islanbul yang berlangsung sehingga awal Rabu.

Polis turut menggunakan gas pemedih mata untuk menghentikan protes itu di ibu negara, Ankara.

Erdogan telah memberi amaran bahawa beliau akan menamatkan perhimpunan itu, sambil berkata ia hanya menjejaskan imej dan ekonomi Turki.

Tunjuk perasaan itu bermula pada 31 Mei selepas seorang polis mengenakan tindakan keras terhadap perhimpunan duduk secara aman oleh sekumpulan aktivis yang membantah sebuah projek bagi menggantikan taman itu dengan replika tentera era Ottoman.

Mereka menjadi cabaran terbesar Erdogan sejak Perdana Menteri itu memimpin sedekad yang lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain