suria

Juruterbang Egypt Air Adakan Protes Akibatkan Penerbangan Tergendala

KAHERAH: Seorang pegawai kanan dari syarikat penerbangan Mesir berkata, sejumlah juruterbang syarikat itu mengadakan protes duduk, yang menyebabkan beberapa penerbangan tergendala.

Pegawai Egypt Air, Ahmed Shahin pada Khamis berkata, protes itu dilakukan bagi menuntut perubahan pengurusan tertinggi syarikat tersebut dan bayaran bonus yang dicadangkan oleh sekumpulan juruterbang.

Beliau berkata, sebanyak 12 penerbangan tertunda sehingga tiga jam. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain