suria

Ribuan Penunjuk Perasaan Anti Putin Berarak Di Moscow

MOSCOW: Beribu-ribu aktivis pembangkang Rusia mengadakan perarakan di Moscow bagi mengutuk pemeritahan Presiden Vladimir Putin dan menggesa untuk membebaskan mereka yang dipenjarakan atas kepentingan politik.

Perarakan pada Rabu itu bagi memberi sokongan kepada 27 individu yang berhadapan dengan dakwaan berkaitan dengan tunjuk perasaan pada malam pelantikan Putin lebih setahun lalu.

Seramai 16 defendan kekal di dalam penjara sementara menunggu perbicaraan terhadap dakwaan yang boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Ketua Pembangkang Alexei Navalny dan isteri beliau mengetuai perarakan itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain