suria

Lima Rakyat Tuknisia Ditahan Kerana Galakkan Keganasan

MADRID: Kementerian Dalam Negeri Sepanyol berkata, pihak berkuasa telah menahan lima rakyat Tunisia yang menetap di Barcelona selepas kesemua mereka didapati menyebarkan propaganda keganasan di rangkaian media sosial.

Kesemua mereka ditahan kerana menggalakkan keganasan selepas didakwa meletakkan ucapan-ucapan Osama Bin Laden di Internet, mengenai penjelasan bagaimana untuk membuat bom dan video yang menunjukkan latihan keganasan dan senjata api.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kesemua lelaki itu pernah disoal siasat sejak 2012, kerana berkongsi kandungan daripada jihadist, sumber yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Polis membuat serbuan ke atas tiga rumah di Barcelona semasa siasatan itu.

Kesemua lelaki berkenaan tidak dikenal pasti.

Menggalakkan keganasan menjadi satu jenayah di Sepanyol sejak 1995. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain