suria

Putera Philip Sambut Ulang Tahun Ke-92 Di Hospital

Putera Philip. Foto AFP
Putera Philip. Foto AFP
Putera Philip. Foto AFP

LONDON: Putera Philip menyambut ulang tahun ke-92 di sebuah hospital di London, yang beransur-ansur pulih selepas menjalani pembedahan abdomen.

Suami kepada Ratu Elizabeth II itu dijangka akan berada di hospital untuk tempoh dua minggu bagi menjalani rawatan.

Pegawai berkata, perkembangan Philip memuaskan selepas melakukan pembedahan.

Keputusan untuk beberapa ujian dijangka diketahui pada minggu ini, tetapi tidak dipastikan sama ada butirannya akan didedahkan kepada umum atau tidak.

Philip sebelum ini mengalami masalah jantung dan pundi tetapi dilihat semakin pulih apabila dilihat di khalayak di sebuah parti taman pada Khamis lalu.

Philip kini sedang dirawat di sebuah klinik persendirian di London. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain