suria

Pembocor Maklumat Edward Snowden Mungkin Di Iceland Jadi Pencari Suaka

Edward Snowden. Foto EPA
Edward Snowden. Foto EPA
Edward Snowden. Foto EPA

REYKJAVIK: Iceland pada Isnin berkata, pembocor maklumat Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden, yang ketika ini bersembunyi di sebuah hotel di Hong Kong, akan pergi ke negara itu bagi membolehkannya menghantar permohonan sebagai pencari suaka.

Bekas pekerja CIA yang berusia 29 tahun itu membocorkan maklumat mengenai rahsia besar program pengawasan Internet, telah menyatakan hasrat untuk menjadi pencari suaka di Iceland, sambing mengatakan bahawa negara itu mempertahankan kebebasan Internet.

Tetapi Ketua Pengarah Imigresen Iceland berkata, tiada permohonan yang diterima.

“Dan peraturannya ialah anda perlu berada di Iceland dan memohonnya sendiri,” kata Krist Volundardottir kepada akhbar harian Morgunbladid.

Institut Media Moden Antarabangsa, sebuah yayasan Iceland yang berusaha ke arah mempertahankan kebebasan bersuara, berkata pada Ahad bahawa ia sedang cuba untuk berhubung dengan Snowden.

“Langkah seterus kami adalah akses kesan keselamatan terhadap pencari suaka, di mana kemungkinan Iceland dilihat bukan lokasi yang terbaik, bergantung kepada pelbagai soalan berhubung rangka kerja perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Snowden dalam satu temuramah dengan akhbar Britain iaitu Guardian berkata, dia telah melarikan diri ke Hong Kong kerana wilayah China mempunyai “tradisi yang kuat dalam kebebasan bersuara”.

Pengarah Perisikan Nasional, James Clapper pada Sabtu lalu mengesahkan bahawa AS menggunakan sebuah program yang dinamakan sebagai PRISM bagi mengumpulkan data sebagai jejak oleh warga asing yang menggunakan Internet di luar AS.

Sebuah program berasingan telah digunakan untuk mengambil rakaman perbualan telefon oleh berbilion rakyat Amerika.

AS dan Hong Kong telah menandatangani satu perjanjian penyerahan balik pada 1996, setahun sebelum bandar itu diserahkan oleh Bristish kepada penguasaan China, di mana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyerahkan pelarian yang bersalah.

Tetapi cubaan AS untuk menghantar balik Snowden merupakan proses yang rumit, dengan Beijing boleh membatalkan penyerahan balik itu di mana melibatkan “hubungan luar, pertahanan atau dasar atau kepentingan rakyat” di China. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain