suria

Putera Philip 'Selesa' Selepas Jalani Pembedahan

LONDON: Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip kini "selesa" selepas pulih daripada pembedahan di bahagian perut di sebuah hospital di London, menurut Istana Buckingham, pada Sabtu.

Baginda yang berusia 91 tahun itu menjalani pembedahan di hospital swasta 'London Clinic' di Harley Street pada Jumaat berikutan ujian awal minggu ini dan pembedahan dikatakan oleh istana sebagai "berjalan dengan memuaskan".

Keputusan kini sedang dianalisis, dan Duke of Edinburgh mungkin tinggal di hospital selama dua minggu.

Ratu Elizabeth II, 87, menghabiskan hujung minggu di Istana Windsor dan sering dimaklumkan sepenuhnya mengenai perkembangan suaminya.

Artikel Lain