suria

PBB Tidak Benarkan Russia Hantar Tentera ke Golan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): PBB tidak membenarkan Russia menghantar pasukan tenteranya ke Bukit Golan sebagai pasukan pengaman selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan bahawa pihaknya bersedia untuk mengerahkan anggota tentera negara itu.

Tawaran untuk menghantar pasukan tentera Russia adalah susulan keputusan Austria menghantar pulang 377 anggota tenteranya yang sebelum ini berada di bawah Pasukan Pemantauan Pengunduran PBB (UNDOF) yang terletak antara Syria dan Israel.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky, berkata pengharaman penyertaan tentera Russia disebabkan negara itu adalalah satu satu anggota daripada lima negara yang berada di bawah Majlis Keselamatan PBB. - AFP

Artikel Lain