suria

Lynas Kurang Pengeluaran Nadir Bumi Setelah Permintaan Turun

MELBOURNE: Lynas Corp akan menjalankan operasi kilangnya di Malaysia pada kapasiti yang berkurangan setelah pasaran nadir bumi semasa lembap.

Harga bagi oksida nadir bumi turun 12 peratus pada bulan lepas.

Menurut Australian Associated Press (AAP), harga tahun kalendar ini terus jatuh, walaupun syarikat itu menyatakan terdapat beberapa tanda yang dapat dilihat menjadikan harga boleh stabil.

Lynas, yang berpangkalan di Sydney itu, masih menjangka permintaan berkembang, katanya.

"Hasilnya, Lynas telah melaksanakan program untuk mengurangkan kos operasi dan perbelanjaan dan mengoptimumkan pengeluaran pada tahap kapasiti yang lebih rendah, yang dijangka berlanjutan sehingga harga nadir bumi lebih tinggi," demikian menurut AAP.

Lynas merupakan pemilik deposit nadir bumi terbesar di dunia, Mount Weld di Australia Barat.

Bijih berkenaan dilombong dengan kaedah tradisional dan kemudian diproses sebelum dihantar ke kilang Lynas dekat Kuantan, Malaysia.

Bahan itu kemudiannya ditapis menjadi produk akhir. - BERNAMA

Artikel Lain