Gempa Bumi Lemah Landa Borneo - Dunia | mStar

Gempa Bumi Lemah Landa Borneo

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 31km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah dan dirasai gegarannya di Tawau.

Menurut jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ia sedang memantau perkembangan kejadian itu.

Di TAWAU, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Borneo itu.

Menurut jurucakap JBPM Tawau, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada orang awam sekitar pukul 3.30 pagi berhubung perkara itu.

"Setakat ini tiada sebarang kejadian yang melibatkan apa-apa kemusnahan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain