suria

Pesawat Cebu Pacific Terbabas Di Landasan Ketika Mendarat

Pesawat Cebu Pacific yang terbabas di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao. Foto EPA

PESAWAT Cebu Pacific yang membawa seramai 165 penumpang terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Davao di Filipina pada Isnin.

Cebu Pacific yang merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar Filipina dalam satu kenyataan berkata, penerbangan menerusi pesawat 5J 971 itu mendarat dengan selamat tetapi ‘terbabas sedikit’ ke arah kiri di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Davao ketika hujan lebat.

Kesemua 165 penumpang selamat dan dibawa menggunakan bas ke terminal lapangan terbang, kata syarikat penerbangan itu. - EPA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain