suria

Anak Taikun Singapura Meninggal Dunia Ketika Lawatan Sekolah Ke KK

Darren Loh Ying Xiu
Darren Loh Ying Xiu
Darren Loh Ying Xiu

SINGAPURA: Anak angkat taikun Singapura, David Loh Kim Kang rebah dan meninggal dunia ketika menyertai lawatan sekolah ke Kota Kinabalu.

Menurut laporan Straits Times, Darren Loh Ying Xiu (gambar), 17, telah membantu membina sebuah rumah di perkampungan miskin di Sabah apabila dia mengalami serangan jantung dan tidak sedarkan diri pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, keluarganya berkata pihak sekolah telah melakukan beberapa percubaan untuk menyedarkan Darren di tempat kejadian sebelum dia dibawa ke sebuah hospital yang mengesahkan kematiannya.

Pelajar gred lima di Sekolah Jenis Cina Anglo (Antarabangsa) meninggal dunia akibat kegagalan fungsi jantung.

Mayatnya diterbangkan ke Singapura pada malam Selasa.

Artikel Lain