suria

Korea Utara Nyata Hasrat Sertai Rundingan Gencatan Senjata Nuklear

BEIJING: Duta rasmi Korea Utara pada Sabtu menyampaikan surat daripada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong Un kepada Presiden China, Xi Jinping dan memberitahu bahawa Pyongyang akan mengambil langkah menyertai semula rundingan gencatan senjata nuklear dalam usaha Beijing memujuk sekutunya mengurangkan ketegangan.

Lawatan tiga hari Naib Marshal Korea Utara, Choe Ryong Hae dilihat sebagai misi memulihkan kembali hubungan dua negara selepas Pyongyang berdegil dengan amaran Beijing bagi menghentikan pembangunan senjata nuklear. Choe kembali ke Korea Utara.

Agensi Berita Rasmi China berkata, Choe menghantar surat yang ditulis Kim kepada Xi pada satu mesyuarat di Dewan Besar Rakyat Beijing, petang semalam.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung kandungan surat itu. - AP

Artikel Lain